25 January 2009

LAPORAN POST MORTEM KEPUTUSAN PMR

LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PERPERIKSAAN PMR 2008
MATA PELAJARAN SEJARAH

Seramai 89 orang pelajar mengambil peperiksaan percubaan PMR. Berdasarkan kepada analisis peperiksaan percubaan lampiran A di dapati keputusan calon yang mendapat gred A seramai 77 orang (86.51%) manakala gred B seramai 9 orang (10.11%), manakala pelajar yang mendapat gred C seramai 2 0rang (2.25%).Manakala seorang pelajar mendapat D (1.12%. Kelulusan keseluruhan lulus adalah seramai 89 orang iaitu 100% dan senarai keputusan adalah seperti di bawah :

GRED BIL PELAJAR PERATUS
A - 77 - 86.51

B - 9 - 10.11
C - 2 - 2.25
D - 1 - 1.12

Kekuatan

1. Pelajar telah membuat persiapan setelah sukatan pelajaran selesai (bulan Julai )
2. Pelajar telah menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa latih tubi dibuat
3. Pelajar telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap matapelajaran ini.
4. Pelajar telah menguasai sukatan matapelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
5. Pelajar telah membuat nota rujukan dan latih tubi. Pelajar telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam latihan atau pendedahan bentuk kertas soalan sebenar.

Kelemahan

1. Sikap pelajar yang kurang berminat membaca dan tidak mahu membuat hafalan.
2. Tidak mahu berbincang dengan guru
3. Tidak menguasai KBKK
4. Lemah dalam membuat penilaian yang tepat pada soalan.
5. Kurang bersedia dari awal dan membuat persiapan pada saat akhir.
6. Tidak menguasai sukatan pelajaran dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 3 untuk diaplikasikan pada soalan.

Bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar, adalah diharap guru-guru sentiasa memberi perangsang dan semangat kepada pelajar untuk lebih cemerlang dalam matapelajaran ini.. Antara strategi yang digarskan untuk membantu paelajar ini adalah seperti di bawah :

- Membuat lati tubi soalan-soalan yang berteraskan buku teks dan menmbuat latihan daripada SBP terutamanya zon selatan.
- Membuat P&P secara berkumpulan

- Membuat kelas tambahan untuk pelajar menguasai sukatan pelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
- Pelajar membuat nota ringkas dan peta minda.

Rumusan

a) Pihak Panitia Sejarah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perancangan strategik dan akan memastikan program berfokus serta menepati sasaran

b) Pihak Panitia Sejarah akan sentiasa melihat impak program dan akan mengadakan bengkel khusus apabila perlu untuk mengurangkan masalah iaitu mengurangkan tahap peratusan murid yang gagal PMR 2009

c) Pihak Panitia Sejarah amat mengharapkan komitmen dan sokongan padu daripada pihak pengurusan sekolah agar segala program yang dirancangkan terlebih dahulu itu dapat dilaksanakan dengan cemerlang serta benar-benar bermakna kepada warga sekolah dan bukan hanya diserahkan bulau-bulat kepada Panitia Sejarah semata-mata.

No comments:

Post a Comment